Isi Blog

Assalammualaikum , hy sila berikan ulasan atau pertanyaan anda di comment , dan kemungkinan saya boleh menjawabnya .

Rabu, 7 Februari 2018

BAB 1 (SEJARAH) FORM 5

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara●      Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
●  Jaminan pasaran yang luas.
●  Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
●   Kaya dengan bahan mentah

2. Revolusi perindustrian.
- Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar
besaran. 
●   Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
●   Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan
●    Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
●    Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
●    Telegraf memudahkan perhubungan.

4. Persaingan kuasa-kuasa barat

●    Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
●    Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan

5. Alasan Orang Barat
●    British & Belanda- Beban orang Putih
●    Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
●   Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di tanah Jajahan.

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA
●   Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran
tenpatan.
●   Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
●  Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan
pegawai Belanda.
●   Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
●   Penubuhan Dewan Tempatan
●   Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND
●   Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
●   Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
●   Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
●   Penasihat ketenteraan – dari Perancis
●  Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi
dan kabinet Menteri.
●   Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
●    Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
●    Juruaudit – dari Britain

FAKTOR2 KEMUNCULAN NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat
●   Sistem tanaman paksa di Indonesia
●   Sistem Polo di Filipina
●   Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
●   Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
●   Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.

2. Pengaruh Agama
●   Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang
penjajahan.
●   Persatuan Belia Buddha di Burma.
●   Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut
Kristian berbangsa Sepanyol.

3. Karya Kesusasteraan
●   Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
●   Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
●    Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.

4. Sistem Pendidikan
●   Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
●   Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
●   Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
●   Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.

5. Kemunculan golongan intelektual
●   Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
●   Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
●    Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
●    Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh Media Massa
●   Vietnam- Tribune Indigine
●   Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
●   Menyebarkan idea-idea nasionalis
●   Menanam perasaan anti penjajah.

7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
●   Perkhidmatan telefon dan telegraf
●   Memudahkan hubungan kalangan nasionalis
●   Jalanraya dan jalan kereta api
●   Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

8. Pengaruh Luar
●   Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
●   Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
●    Perjuangan mahatma Gandhi di India.
●    Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.



Related image
luqth.blogsport.com

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama
●      Dipimpin – Jose Rizal
●      Bersifar sederhana
●      Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
●      Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
●      Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
●      Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
●      Matlamat perjuangan :●        Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
●        Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
●        Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
●      Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
●      Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
●      Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
●      Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Tahap Kedua
●      Penentangan secara radikal
●      Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
●      Matlamat katipunan
●        menyatukan bangsa Filipin
●        mencapai kemerdekaan melalui revolui
●      Media cetak iaitu akhbar Kalayan
●      Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
●      Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
●      Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
●      1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
●      Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
●      Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
●      Aguinaldo ditangkap.
●      Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
●      Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
●      Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
●  1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA

Tahap Pertama
●      Tumpuan isu pendidikan
●      Utk ubah nasib penduduk Indonesia
●      Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
●    Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
●      Pertubuhan penting : Muhammadiyah
●      Matlamat Muhammadiyah
●        Menyebar islam sebenar
●        Menghindari ancaman sekualrisme barat
●        Menghindari ancaman agama kristian
●      Membina sekolah, klinik & masjid



Tahap Kedua
●      Perjuangan Parti politik radikal.
●      Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
●      Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
●      PNI pimpinan Soekarno paling popular.
●      Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
●      Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
●      PNI turut di haramkan.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama
●      Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
●      Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
●  Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
●      Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
●      1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
●      Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
●      Sistem raja berkuasa mutlak tamat
●      Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua
●      Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
●   Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
●      Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
●      Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
●      Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
●      1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
●     Hasil  daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu



Related image
luqth.blogsport.com








Tiada ulasan:

Catat Ulasan